HIV Around The World (play the video clip to show your support)

Friday, May 8, 2009

LANGKAH PENCEGAHAN


Antara langkah yang perlu diambil untuk mencegah HIV adalah :

. Jangan melakukan hubungan dengan mereka yang tidak dikenali
. Jangan lakukan hubungan dengan berbilang pasangan
. Anda boleh gunakan kondom
. Sampaikan maklumat kepada pasangan anda
. Ketahuilah status pasangan anda
.Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan untuk berkahwin kelak.
. Pastikan jawapan kepada soalan-soalan ini:

Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan penyakit kelamin?
Adakah dia seorang yang setia, atau adakah dia mempunyai pasangan lain?
Adakah dia seorang pengguna dadah atau bekas pengguna dadah?
Apakah latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini?

. Dalam pada itu jangan lupa tanyakan juga pada diri anda sendiri :

Adakah anda bebas dari jangkitan HIV, hepatitis atau penyakit-penyakit merbahaya yang lain?
Adakah anda yakin status kesihatan anda?
Adakah anda seorang penguna dadah atau bekas pengguna dadah?
Mungkinkah anda perlu menjalani sebarang ujian darah?

Thursday, May 7, 2009

GEJALA-GEJALA HIV


Pengetahuan mengenai gejala HIV mampu mengenal pasti penyakit ini dari peringkat awal

Sebahagian besar orang yang terinfeksi virus HIV tidak menunjukkan gejala apapun dalam waktu 2 - 10 tahun dan merasa sihat-sihat sahaja. Seringkali orang tersebut tidak menyedari bahwa dirinya telah terinfeksi virus HIV. walaupun demikian, orang yang terinfeksi virus HIV akan menjadi pembawa virus HIV kepada orang lain. Secara garis besar, orang yang terinfeksi HIV (yang belum menderita AIDS) dapat dibagi menjadi dua bahagian : ·

1) Pengidap tidak menunjukkan sebarang gejala keadaan walaupun hasil pemeriksaan darahnya (negatif). Ini terjadi kerana pada waktu virus masuk ke dalam peredaran darah, tubuh belum membentuk antibodi terhadap virus HIV. Dalam tempoh ini disebut tempoh jendela. Pengidap yang sudah terinfeksi virus HIV yang tidak menunjukkan gejala, tetapi ujian darahnya positif. Keadaan ini bisa berlangsung antara 2 - 10 tahun.

Orang yang telah menderita AIDS, mempunyai gejala-gejala sebagai berikut :

· Rasa lelah yang berkepanjangan.
· Berat badan menurun secara drastik
· Sesak nafas dan batuk berkepanjangan.
· Diarea berkepanjangan.
· Timbul bintil merah kebiru-biruan pada kulit.

PENYEBARAN VIRUS HIV

Virus HIV sebenarnya hanya dapat disebarkan melalui darah, air mani, dan cairan vagina. Walaupun virus HIV juga dapat ditemui dalam ASI, air liur, air mata, ataupun air kencing (dalam jumlah yang sangat sedikit), namun hingga saat ini belum ada penularan yang terjadi oleh kerana cairan-cairan tubuh tersebut. Walaupun kelihatannya virus HIV itu tidak mudah menular, tetapi semua orang harus waspada kerana virus HIV dapat menyerang siapa saja dan kemudian menularkannya ke orang lain tanpa disedarinya.

Perkongsian jarum boleh mengundang padah

Ibu mengandung dan hubungan seks bebas antara cara penyebaran HIV

Penyebaran virus HIV dapat kita bagi menjadi 3 bahagian :

· Penularan melalui hubungan seksual yang tidak selamat.
· Melalui pemakaian bersama jarum atau "peralatan" lainnya dengan orang yang telah terinfeksi HIV.
· HIV juga dapat menular melalui transfusi darah atau transfusi organ lain dari seseorang yang terinfeksi.

DEFINISI HIV & AIDS

HIV adalah singkatan dari Human Immunodeficiency Virus yang maksudnya adalah Virus yang menyerang daya tahan tubuh manusia. Jadi HIV bukanlah nama suatu penyakit, melainkan nama virus. Virus HIV ini hanya menyerang manusia saja. Virus ini menyerang daya tahan tubuh (sistem kekebalan) manusia sehingga sistem kekebalan manusia dapat menurun dengan mendadak bahkan hingga tidak berfungsi sama sekali. Orang yang terinfeksi HIV, cepat atau lambat (sekitar 2 sampai 10 tahun) akan menderita AIDS.




Gambar mikrologi virus HIV

AIDS sendiri adalah singkatan dari Acquired Immnunodeficiency Sindrome yang bermaksud kumpulan gejala-gejala penyakit yang timbul disebabkan menurunnya atau hilangnya sistem kekebalan tubuh. Jadi penyebab kematian yang banyak dialami oleh penderita AIDS ini adalah penyakit-penyakit lain yang masuk yang tidak boleh lagi ditolak oleh tubuh kerana sistem kekebalan tubuh telah menurun secara mendadak atau hilang sama sekali. Padahal penyakit-penyakit ini (seperti jamur, basil, beberapa jenis virus, dll) tidak menyebabkan kelainan yang sangat serius pada orang normal, bahkan kadang kala tidak menimbulkan gejala sama sekali



.